Pengenalan
Seni tekat juga dikenali dengan nama bersuji.Menekat merupakan menyulam benang emas keatas kain dasar (kain baldu).Kerja-kerja menekat merupakan pemidang untuk meregangkan kain baldu,mempulur,sebagai acuan,motif dan emas untuk membuat bunga tekat.
Asal-usul dan Perkembangan
Sejarah dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan raja-raja atau kegunaan dalam istana.Tekat dipercayai wujud pada awal kurun ke-15,iaitu semasa kegemilangan kerajaan keSultanan Melayu Melaka.Kesan pengunaan sulaman tekat dapat dilihat dikalangan masyarakat keturunan Baba Melaka.Kebanyakan mereka mengunakan sulaman tekat di pakaian mereka.
Seni tekat masih dihasilkan oleh masyarakat rakyat negeri Perak dan Negeri Sembilan.Sehingga sekarang kraf seni tekat timbul benang emas banyak dihasilkan di negeri Perak Darul Khusus.Tekat mempunyai beberapa jenis diantaranya ialah tekat timbul benang emas,tekat gubah dan tekat perada.
Fungsi tekat
Kebanyakan tekat digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu.Ia banyak digunakan untuk majlis perkahwinan,upacara peminangan,kelahiran,berkhatan,berkhatam Al-Quran dan seumpanya.Di kalangan kerabat diraja pula,tekat merupakan pakaian dan hiasan seharian.Masyarakat biasa jarang mengunakan kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.Pembuatannya juga memerlukan jangka masa yang lama untuk dihasilkan tekat yang indah ia juga memerlukan penjagaan yang sangat rapi apabila digunakan.
Peranan Institusi
Pada zaman dahulu,istina merupakan pengerak utama kraf seni tekat.Tekat yang dihasilkan banyak mengunakan benang emas ini kerana melambangkan kemewahan dan keagungan istitusi beraja.Kebanyakan pandai tekat dijaga oleh pihak istana,ini kerana mereka yang menghasilkan alatan dan perhiasan istana.Sekarang ini tekat telah di beri pengiktirafan sebagai kraf seni tradisonal dan kerajaan Malaysia telah mewujudkan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Dengan ini perusahaan tekat dapat dimajukan lagi dengan adanya program-program latihan,promosi,ciptaan terbaru,galakan pengeluaran dan menjual ke luar negara.
Jenis-jenis Tekat
1.Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini mengunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif.Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif.Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
2.Tekat Gubah
Tekat gubah menguakan mempulur sebagai corak gubahan.Pandai tekat hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipangil benang untina.Hiasan corak tekat gubahan diiringi dengan labuci dan manik-manik.Kain dasar tekat gubahan adalah dari kain biasa.Tekat gubahan digunakan untuk menghiasi tudung salji,tepak sirih,kasut pengantin,sejadah,penutup para,peralatan upacara perkahwinan,lemudi pintu,pakaian diraja dan sebagainya.
Proses Menekat
-Bahan-bahan asas seperti benang emas,benang putih dan kain putih dan kain dasar dari jenis kain baldu ada juga yang mengunakan bahan dari rotan sega,kertas tebal dan kanji(gam) yang digunakan untuk mempulur.Pengunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman menjadi timbul.
-Proses pertama membentuk empulur.Bentuk motif dilukis dan dilekat tindih antara enam hingga lapan helai.Kemudian bentuk motif dipotong dan diasingkan.Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas antara 0.5 sentimiter dan 0.25 sentimiter.Bentuk mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dangan gaya organik.Corak yang terhasil daripada mempulur rotan segera bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.
-Seterusnya kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu.kain baldu yang digunakan selalunya berwarna gelap seperti merah pulasan,merah tua,ungu,hijau tua dan hitam.Pemidang kayu mempunyai dua jenis iaitu jenis yang berkaki dan jenis yang tanpa berkaki.Baldu yang ditegangkan pada pemidang akan disambung dengan kain putihyang dikaitkan kebingkai pemidang.Oleh itu baldu akan menjadi lebih tegang.
-Selepas itu benang emas akan ditindihdan diikatjahitan oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya.Ukuran jarum menentukan ikatan supayatidak meninggalkan kesan pada kain dasar.Jarum akan dicucuk kedalam dari bawah batang mempulur.Ikatan benang putih mestilah kuat dan kukuh.Setiap kali merentas,benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas.Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.
hi... any place yang sells tekat sulam emas mini tepak sireh? if tau pls email me the contacts at zuryanna@yahoo.com. tqsm
BalasPadam