K.O.L.A.J

Pengenalan

Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gam  barfoto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu permukaan khas seperti kertas lukisan. Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.






Sejarah Dan Perkembangan


Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Antara bahan yang sesuai digunakan untuk  kolaj ini ialah antaranya carikan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi, kain atau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain.Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih menggunakan teknik yang menggunakan jahitan dan tampalan kain. Kalau dulu, teknik kolajhanya menggunakan kertas tetapi kini berbagai teknik telah muncul seperti guntingan kain perca yang lebih memberi corak yang lebih menarik. Kolajsendiri memerluka teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian.

Seni kolaj juga amat praktikal dalam pengajaran kelas pendidikan khas. Disamping aktiviti ini dapat memberi keseronokan kepada murid, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Antara asas kemahiran seni kolaj yang simple dan mudah adalah:

  • mengoyak & menampal
  • koyak secara menurun & halus
  • membuat gambar
  • tampalan kertas tisu
  • tampalan kain perca
  • tampalan tali
  • tampalan pelbagai bahan ( dua & tiga dimensi)






Teknik Membuat Kolaj
    Kolaj bukan sahaja dapat dihasilkan daripada kertas, kad dan majalah. Tetapi kolaj juga dapat di hasilkan dengan menggunakan kain (fabrik). Antara bahan yang diperlukan untuk menyiapkan kolaj ini ialah:

    • fabrik bercorak
    • gam
    • gunting
    • kertas lukisan / kad 
    Prosedur:

    1. Tetapkan corak kolaj yang ingin dibuat.
    2. Gunting corak yang terdapat pada kain mengikut kreativiti sendiri.
    3. Gam  kain yang telah dipotong pada kertas / kad.

      0 comments:

      Catat Ulasan