This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

B.A.T.I.K


Pengenalan

Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain.Batik terkenal di Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu.

Unsur Motif : Unsur Flora

Fungsi utama unsur flora adalah :
  • Untuk menghiasi kain batik ela - bunga, kuntum, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal.
  • Untuk menghiasi badan batik sarung - helaian daun, kelopak disusun secara tegak.
  • Untuk menghiasi bahagian kepala kain ( gunung ) dan kaki kain ( gigi ), motif pucuk rebung digunakan, biasanya bukan corak organik tulen tetapi campuran gaya organik dan geometri.
Contoh Unsur Flora


Unsur Motif : Unsur Fauna

Fungsi motif unsur fauna adalah :-
  • Motif kupu-kupu, rama-rama dan sebagainya adalah dilukis atau dicetak beriringan dengan bentuk tumbuhan sebagai pelengkap.
  • Motif ayam, burung merak, rusa biasanya dilukis dengan gaya organik dalam bentuk abstrak.
  • Motif yang dibentuk secara seimbolik- simbol bagi bentuk burung garuda iaitu bahagian sayap yang dipergayakan.
Contoh Unsur Fauna



Motif : Unsur Benda Buatan Manusia

Fungsi motif unsur benda buatan manusia ialah sebagai hiasan kain ela.

Contoh Motif Benda Buatan Manusia


Motif : Unsur Rupa Geometri

Fungsi motif unsur rupa geometri ialah :-
  • Untuk hiasan kaki ( gigi ).
  • Untuk menghiasi kain batik panjang.
  • Motif ceplok dengan susunan empat segi berisi bentuk lain dimana bentuk ini bukan geometri tulen tetapi campuran gaya organik dan geometri.
Contoh Unsur Rupa Geometri


Motif Isen


Isen ialah motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak.


Contoh Motif Isen


Susunan Reka Corak Motif



Alat Dan Bahan


Alatan
  •   CANTING
    • alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin cair yang digunakan untukmelukis corak pada kain.
  • PEMIDANG 
    • alat yang diperbuat dari kayu, rotan atau buluh yang digunakan untuk meregangkan kain urat supaya tidak melendut semasa mencanting.
  • BERUS
    • terdiri daripada beberapa saiz dan bentuk digunakan pelbagai pewarna dan lilin cair.
  • PERIUK
    • untuk memasak campuran lilin.
  • KUALI atau BEKAS 
    • untuk mencelup, merendam dan merebus kain.
  • DAPUR
    • tempat meletakkan kuali untuk memanaskan dan memasak campuran lilin.

























G.U.R.I.S.A.N

 Pengenalan

  • Teknik yang menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan.
  • Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.
  • Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau lidi boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar.
  • Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
Langkah Penghasilan


  • Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda boleh mewarnakannya secara spontan. Tidak semestinya seperti gambar di atas. Apa saja yang penting adalah kertas lukisan itu dipenuhi dengan warna krayon.
  • Apabila kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarnakan kertas tersebut dengan warna hitam hingga kertas tersebut menjadi hitam.
  • Akhir sekali anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan objek tajam seperti batang lidi, hujung pembaris dan apa saja yang difikirkan sesuai.
Contoh gambar


Tutorial
 

    P.O.S.T.E.R




    Pengenalan


    1. Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.


    2. Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.


    3. Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai  serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan





    Poster boleh dipersembahkan melalui 2 cara:


    i. Menggunakan muka taip (huruf) sahaja.


    Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat ringkas dan jelas dan ada juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan tema poster tersebut.

    mukataip yang disampaikan dalam bentuk yang lebih simbolik

    Mukataip yang ringkas, jelas dan mudah difahami


    ii. Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar atau foto.


    Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya maklumat yang disampaikan melalui mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin atas faktor bahasa (yang kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang belum mampu boleh membaca atau terlalu tua untuk membaca) dan sebagainya. Dengan itu, penggunaan ilustrasi adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej poster. Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding mukataip bagi poster jenis ini.


    Teknik penghasilan Poster


    1. Teknik Lukisan : 
    menggunakan pen, pensel, pensel warna dan sebagainya.

    poster teknik lukisan
    2. Teknik catan : 
    dengan menggunakan cat air, cat poster, cat akrilik, dan sebagainya

    poster teknik catan


    3. Teknik kolaj : 
    Poster jenis ini menggunakan teknik potong dan tampal. Dengan menampal kertas berwarna, potongan dari majalah atau akhbar, tampalan dari bahan tekstil, benda bercorak dan berjalinan.
    poster teknik kolaj
    4. Teknik cetakan : 
    Cara mencetak dari jenis cetakan timbulan, benaman, planograf, serigraf, capan dan juga cara cetakan komputer.

    poster teknik cetakan
    5. Teknik campuran : 
    Aplikasi dari pelbagai teknik seperti catan, kolaj, lukisan, capan dan sebagainya.

    poster teknik campuran

    Proses Penghasilan Poster


    1. Penentuan tema dan tajuk


    2. Mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam


    3. Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan.


    4. Membuat beberapa lakaran kasar dan kemudian pilih hasil terbaik.


    5. Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang berkesan dan bersesuaian.


    6. Merancang skima warna dan memilih kombinasi warna yang dapat menarik perhatian.


    7. Menentukan teknik yang sesuai untuk membuat poster tersebut.


    8. Penyediaan alat dan bahan.


    9. Penghasilan poster berdasarkan teknik dan media yang telah ditetapkan.


    Ciri-ciri poster Yang Bermutu


    1. Daya penarik yang dinamik.


    2. Warna yang berkesan.


    3.  Mesej yang jelas dan mengandungi satu tema sahaja.


    4. Kesesuaiaan ilustrasi dengan tema.


    5.  Pilihan muka taip yang berkesan.


    6. Gubahan asli dan unik.


    7. Cogankata yang dapat mempengaruhi pembaca.


    8. Penggunaan asas seni reka yang bersesuaian.


    9. Memberi mesej yang mempunyai nilai-nilai murni.


    Contoh-contoh poster






      M.O.Z.E.K

      PENGENALAN


      . Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar.
      . Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata dan menghasilkan pantulan /kilauan.
      . Satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.
      . Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.
      . Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau seramik disusun di bahagian latar yang di plaster.
      . Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca, seramik atau tessera.
      . Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai.
      . Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada
      asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.
      .Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan teknik mozek. Kini teknik mozek luas digunakan dalam
      pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar.














      C.A.P.A.N

      PENGENALAN


      Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
      Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.
      Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.
      Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.











      P.E.R.C.I.K.A.N

       PENGENALAN

      Satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni.
      Satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite
      Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik.
      Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata.
      Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan.
      Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
      Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan.
      Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini.
      Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.
      Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.












      S.T.E.N.S.I.L.A.N

      PENGENALAN

      Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
      Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
      Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan



       Stensilan terbahagi kepada 2 bahagian :
                      i. Bahagian positif
                     ii. Bahagian negatif



      G.O.S.O.K.A.N

      Definisi Gosokan


      1. PENGENALAN
      Ia adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan
      Ia juga satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.
      Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.
      Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
      Dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.


      2. TEKNIK GOSOKAN
      Secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.
      Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
      Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
      Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.







                                                 Bahan/alatan: duit syilling, kertas lukisan dan pensel warna
      Langkah:
      Lukis gambar yang dikehendaki. Letakkan duit syilling di bahagian bawah kertas dan kemudian guris bahagian atas dengan pensel warna.






      L.U.K.I.S.A.N


      Pengenalan
      • Lukisan ialah garisan seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan.
      • Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti :-
        • pensel 
        • krayon
        • pen
        • pastel
        • arang
        • pen marker
        • pensel warna
        • pestel
      • Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan.
      • Proses melakukan garisan, melorek ton dan juga menggosok juga dipanggil lukisan.
      • Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja yang dinamakan lukisan bergantung kepada penggunaan gaya yang ekspresif dan nyata.
      Teknik-teknik lukisan
      • Teknik yang biasa digunakan dalam lukisan ialah :-
        • teknik garisan silang
        • teknik garisan berombak
        • teknik garisan selari
        • teknik garisan menyilang
        • teknik garisan kontur
        • teknik coreng
        • teknik gosok
        • teknik titik
        • teknik lorek
        • teknik campuran
      Proses melukis
      • Pilih objek yang hendak dilukis. Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif dan cahaya.
      • Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan.
      • Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut.
      • Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang.
      Contoh karya

                                                                        Lukisan midia pastel

                                                                       Lukisan media arang

                                                                     Lukisan media pen

                                                                       Lukisan media pensil


      Video Melukis Mata Yang Realistik

      R.E.S.I.S

      Teknik Resis

      Resis dalam perkataan inggeris resist  didefinisikan sebagai suatu aktiviti menggambar yang dihasilkan daripada warna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.Teknik tindihan lilin ke atas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis.Gabungan warna-warna air dan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis. Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas. Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis. Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur  putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis. Resis dengan menggunakan kain dan cantinguntuk membuat garisan lilin pada corak batik.Resis boleh dilakukan dengan cara menggunakan tindihan lilin dan sapuan warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik resis membuatkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak meresap atau menyerap warna dalam keadaan warna asal.Terdapat pelbagai jenis resis antaranya ialah:

      • Krayon resis dengan warna air
      • Krayon resis dengan warna poster
      • Krayon resis dengan warna tempera
      • Krayon resis dengan dakwat basah
      • Krayon resis
      • Krayon lilin resis
      • Resis dengan kain
      • Krayon resis batik
      • Resis dengan warna air dan perekat getah (campuran)
      • Resis dari warna air dan lilin biasa
      • Resis dari kapur dan lilin (cara positif)
      • Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)


        AISYAH2012
        Tema : Bahan Organik
        Tajuk : Alam Semula jadi 1
        Bahan : Lilin, Canting, Kain putih, pensel, warna air ( untuk batik ) dan berus mewarna.
        Teknik : Resis dengan kain


         AISYAH2012
        Tema : Bahan Organik
        Tajuk : Alam Semula jadi II
        Bahan : Lilin, Kertas lukisan, berus, warna air dan bekas air.
        Teknik : Resis dari warna air

        Tema : Campuran bahan organik dan geometri
        Tajuk : Corak tidak terancang
        Bahan : Kertas lukisan, krayon, warna air, pensel, berus dan bekas air dan tisu.
        Teknik : Krayon resis batik


        Tema : Bahan geometri
        Tajuk : Kertas pembalut hadiah
        Bahan : Kertas lukisan, krayon lilin warna, warna air, pensel, berus dan bekas air
        Teknik : Krayon resis dengan warna air


        Tema : Campuran Bahan Organik dan Geometri
        Tajuk : Corak Batik
        Bahan : Kertas lukisan, krayon lilin, warna air, berus mewarna dan bekas air.
        Teknik : Krayon Resis Batik


         
        Tema : Bahan Geometri
        Tajuk : Corak Bebas
        Bahan : Kertas lukisan, warna poster, lilin biasa, pensel, berus mewarna.
        Teknik : Resis dengan warna poster

          
         
        Tema : Bahan Organik
        Tajuk : Pemandangan
        Bahan : Lilin biasa, warna air, kertas lukisan, berus mewarna dan bekas air.
        Teknik : Resis dengan warna air


        Tema  :  Organik
        Tajuk  :  Alam Semulajadi
        Bahan   :   Warna air, lilin biasa, kertas lukisan, berus dan bekas air.
        Teknik  :  Resis dari warna air dan lilin biasa.