A.L.A.T. .P.E.R.M.A.I.N.A.N.



PENGENALAN

Masyarakat Melayu Lama telah mendipta pelbagai jenis alat permainan untuk memenuhi masa lapang mereka, ketika menanti padi masak, atau musin tidak dapat turun ke laut.

Antara alat permainan yang mempunyai nilai-nilai estetika tinggi ialah :-

WAU

Wau tradisional Malaysia merupakan satu daripada jenis layang-layang yang terindah di dunia dari segi :-
  1. Reka Bentuk
  2. Pertukangan
  3. Hiasan
  4. Penggunaan Warna
Wau telah wujud dan dimainkan oleh orang Melayu di Malaysia sejak kurun ke-15. Kini, wau merupakan sejenis permainan hiburan masa lapang dalam kalangan masyarakat nelayan dan petani.

Wau diperbuat daripada kertas, gentian dan kain yang berangka daripada bulu. Tukang wau yang mahir kebanyakkanya dari negeri Kelantan dan Terengganu. Wau yang dikenali dengan nama layang-layang di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

Bahagian-bahagian wau :-

Wau dikategorikan kepada tiga jenis kumpulan besar iaitu :-
  1. Wau yang dibuat untuk dilayangkan di udara.
  2. Wau yang dibuat untuk hiasan dinding dan dijual.
  3. Wau untuk pertandingan keindahan hiasannya.
Jenis-jenis wau:-


Alat dan bahan untuk membuat wau:-
  •  Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai kerangka wau manakala bulu betong pula dijadikan tulang belakang.
  • Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh.Pisau dan pisau raut digunakan tujuan meraut.
  • Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau.Tangsi  pula digunakan untuk menerbangkan wau.
  • Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau
  • Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

Tokoh-tokoh wau :-

GASING

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik.

Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai.

Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Bahagian-bahagian tubuh gasing dengan nilai makna yang terkandung :-

Pelbagai jenis rangka dan bentuk gasing:-


CONGKAK

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.

Lazimnya ia menggunakan papan kayu yang berlubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Terdapat dua baris lubang pada papan congkak. Setiap baris mengandungi tujuh lubang yang dipanggil kampung.

Dihujung papan congkak terdapat dua lubang yang lebih besar (sebelah kiri dan kanan ) yang dipanggil rumah ibu.

Bilangan buah congkak yang diperlukan ialah 98 biji yang mengisi 14 lubang pada papan congkak tersebut iaitu 7 biji untuk setiap lubang.

Antara buah dan papan congkak yang digunakan:-

0 comments:

Catat Ulasan