P.E.R.H.I.A.S.A.N. .D.I.R.I.

Terdapat pelbagai jenis barangan hiasan Melayu tradisional yang ama menarik dari segi reka corak hiasan dan gaya pembentukannya.

Antara yang paling popular termasuk:-

Kalung ialah sejenis rantai leher tradisional yang diperbuat daripada emas, perak, batu pertama dan lain-lain.

Kalung besar yang berlapis-lapis dipanggil 'kalung pengantin' kerana dipakai oleh pengantin pada masa dahulu. Kalung jenis ini juga dikenali sebagai 'kalung pelerang'

Kalung rantai papan yang dipercayai berasal dari negara China merupakan kalung yang mempunyai kepingan pipih yang berhias bunga dan disambung dengan beberapa uats rantai dari sekeping ke sekeping.

Jenis kalung yang bertatah dengan pertama juita dipanggil dokoh. Dokoh biasanya mempunyai tiga kepingan bertingkat-tingkat dan disambung dengan rantai di kiri dan kanan.

Terdapat juga dokoh yang hanya mempunyai dua atau satu kepingan sahaja. Dokoh dengan kepingan-kepingan yang beransur kecil disebut  'dokoh beranak'.

Di Sarawak, manik dan tatu merupakan hiasan popular antara kaum-kaum etnik.




Kaum orang asli di Semenanjung Malaysia menggunakan bahan yang paling ringkas untuk membuat barangan hiasan mereka.

Bahan alam semulajadi seperti daun palas dan mengkuang dan serabut yang diperoleh di sekeliling kawasan kediaman dianyam untuk menjadi barangan hiasan yang unik dan amat kreatif rupa bentuknya.

Anyaman dendan adalah teknik untuk membuat rantai, perhiasan kepala dan selempang, dan juga segala hiasan bagi upacara perasmian, perbomohan dan pemujaan.



0 comments:

Catat Ulasan