T.E.N.U.N.A.N.

Tenunan ialah proses menjalin 2 set benang yang bersudut tegak untuk menimbulkan permukaan yang berbentuk rakut atau fabrik.

Benang set pertaman yang menentukan panjang dan lebar kain dipanggil benang lungsing( lungsin ) atau benang loseng.

Benang set kedua yang digunakan untuk menenun corak lebar kain yang disebut benang pakan. Tenunan merupakan kraf tangan tertua di dunia yang dipercayai telah bermula sejak 20 000 tahun dahulu.

Manusia purba telah mengetahui teknik menjalinkan serat pokok, helaian, dan gentian tumbuhan.
Lama kelamaan, bulu haiwan, tali, dan benang digunakan sebagai bahan menenun.

Boleh dikatakan seni kraf tangan tenunan diamalkan di setiap negeri atau daerah di seluruh dunia, terutamanya antara kaum-kaum etnik di sesebuah negara.
Contoh kain tenunan dari Asia
Jenis-jenis kain tenunan di Malaysia :-

Tenunan merupakan satu daripada jenis kraf tekstil yang popular di Malaysia. Hasil tenunan Malaysia adalah pelbagai serta halus dan tinggi mutunya.

Kawasan dan daerah yang aktif dalam kegiatan kraf tenunan tradisional serta jenis hasil tenunan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut:-











Selain daripada nilai estetik yang mencerminkan kreativiti dan kemahiran pandai menenun, setiap jenis kain yang ditenun mempunyai ciri dan fungsi tertentu atau menjadikan lambang yang ada hubung kaitan dengan tradisi istiadat kaum masing-masing.


Kajian Motif, Alat, Bahan dan Proses Tenunan Songket:-

  • Hampir semua motif songket diilhamkan daripada sumber alam semulajadi.
  • Terdapat motif-motif yang berasaskan tumbuhan benda-benda bernyawa, benda- benda buatan manusia, benda-benda alam sekitar, dan juga motif yang berasaskan makanan.

Contoh motif berasaskan tumbuhan




Contoh motif berasaskan benda-benda bernyawa

Contoh motif berasaskan benda-benda buatan manusia

Contoh motif berasaskan benda-benda alam sekitar












0 comments:

Catat Ulasan