Pengenalan Cetakan
Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.
Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15.
Jenis-jenis Cetakan
1. Cetakan timbulan:
Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.
2. Cetakan benam:
Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.Dikenali juga sebagai litografi.Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.Menggunakan blok batu kapur.Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.
4. Cetakan stencil (sarigrafi):
Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.
Kaedah Cetakan Stensil (potongan kertas)
Cetakan Stensil
Peralatan dan bahan yang dikehendaki
sekuji (digunakan untuk mencetak)
Peralatan bahan yang diperlukan ialah:-
1. Skrin
2. Dye fabrik atau pewarna
3. Sekuji
4. Kain organdi (untuk diregangkan pada skrin)
5. Kain atau kertas untuk cetakan
6. Kertas (untuk melukis imej)
7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)
8. Pita pelekat
9.Stepler gun
Proses
Sediakan skrin dengan meregangkan kain organdi dengan menggunakan stapler gun. Pastikan kain tersebut benar-benar tegang
Lukis imej yang dikehendaki pada kertas seperti imej flora, tulisan atau logo tertentu.
Potong bahagian positif imej dan tinggalkan bahagian negatifnya.
Lekatkan imej yang telah siap dipotong tadi pada bahagian belakang skrin dengan kemas dan lekatkan pita pelekat agar imej tidak tertanggal semasa mencetak
Skrin telah sedia untuk dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal atau kadbod agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.
Tuang dye fabrik di atas hujung skrin sebanyak yang dikehendaki
Cetak menggunakan sekuji, anda hendaklah memastikan skrin tidak bergerak-gerak semasa cetakan kerana ini akan mengakibatkan imej yang dicetak akan rosak, sekuji juga hendaklah dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.
Karya cetakan yang telah siap
0 comments:
Catat Ulasan