Pengenalan
Peribahasa Melayu ada mengatakan : Ditetak belah, dipalu belah tembikar juga akan jadinya yang membawa erti walau bagaimanapun diseksa atau disakiti, kesudahan akan jadi mayat juga.
Melalui peribahasa Melayu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tembikar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang Melayu pada masa dahulu.
Di negara kita, kegunaan tembikar telah wujud sejak beribu-ribu tahun. Ini dapat dibuktikan dengan menemuan serpihan-serpihan tembikar di :-
- Bukit Tanjung Lembu, Perlis
- Gua Cha, Kelantan
- Ulu Tembeling, Pahang
Sejarah
Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi. Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang- barang yang diperbuat dari tembikar ialah :-
- zawan
- mangkuk
- pinggan
- pasu
Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di :-
- Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan
- Sayong, Kuala Kangsar, Perak
- Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang
- Beberapa tempat di Sarawak
Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak bezanya cuma jenis barangan yang dihasilkan dan reka corak hiasan atau pengemasannya.
Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup masyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar.
Jenis-jenis tembikar
- Geluk
- Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air.
- Geluk mempunyai hias dari motif yang kecil dan ringkas.
- Buyung
- Dibentuk tanpa bahagian kaki.
- Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong, Perak.
- Umumnya, buyung mempunyai bahagian leher dan badan.
- Permukaannya dibiarkan licin tanpa dihias.
- Saiznya besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh.
- Jambangan
- berfungsi sebagai tempat meletak bunga.
- Saiznya boleh mencapai sehingga 0.6m - 0.9m ( tinggi )
- Bahagian badannya seperti labu yang ditinggikan seperti labu.
- Labu
- Diilhamkan daripada buah labu.
- Bahagian pucuk berbentuk kubah masjid.
- Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air.
- Corak hiasan labu berkonsepkan alam sekitar dan berbentuk geometri.
- Bekas Perasapan / Bekas Bara
- Digunakan untuk membakar kemenyan terutamanya dalam kepercayaan magik.
- Digunakan dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu.
Proses Membuat Tembikar - ( Labu Sayong )
Tanah liat boleh dijumpai di tepi-tepi sungai |
Tanah liat ditapis bagi mengasingkan kekotoran |
1. Menyediakan Tanah
- Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki. Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah sarap dan ketul-ketul batu yang ada.
- Setelah nyata bersih, tanah itu diuli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.
2. Membentuk
- Membentuk adalah sangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.
- Ibu jari dan telunjuk berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.
- Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memanpatkan badan labu.
- Setelah labu terbentuk, ia akan dileperkan dan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.
- Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu lurut. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif.
- Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke atas permukaan labu. Labu akan dibiarkan kering untuk dibakar.
- Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat :-
- menyalai
- Membakar
- Menyepuh
- Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai.
- Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.
- Labu yang dimasukkan dalam sekam padi untuk medapatkan warna hitam.
- Bawah tapak akan disapukan dengan damar supaya labu tidak tiris.
- Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.
0 comments:
Catat Ulasan