M.E.M.B.E.N.T.U.K. .D.A.N. .M.E.M.B.U.A.T. .B.I.N.A.A.N.

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi:-
  • Bentuk
  • Ruang
  • Struktur
  • Imbangan 
  • Kestabilan
Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.

Bidang kegiatan membentuk dan memebuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semamsa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti :-
  1. Arca Timbul
  2. Asemblaj
  3. Mobail
  4. Stabail
  5. Model
  6. Diorama
  7. Boneka
  8. Topeng
  9. Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar.

Perbandingan ini memberi kesedaran bahawa idea dan kreativti mempunyai fungsi dan makna. 
Aspek aspresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, pusi, lakonan, nyanyian dan cerita.


0 comments:

Catat Ulasan